Monday, August 30, 2021

 Alhamdulillah..hari ni 30/8/2021..ana amat terkejut pagi ni setelah isteri tersayang menghantar link blog Konologi Seorang Syabab merupakan blog yg ana tulis 8 tahun dahulu..hampir terlupa ana pernah menulis blog ni di laman sosial...itupun link dijumpai oleh menantu ana si Eiman semasa mencari dalam google menggunakan nama isterinya Nur Afiqah..

Walaupun telah lama tidak menulis, insyaAllah dengan izin Nya blog ini akan kembali bersiaran macam biasa..

Skrg ni ana dan keluarga sudah berpindah tinggal di Taman Iringan Bayu, Mambau Seremban Negeri Sembilan..setelah rumah yg kami beli siap dan mula berpindah pada bulan Ogos 2021..kira-kira dah setahun lah menetap di rumah baru ni..

Ana bersyukur kerana dikurniakan pasangan dan keluarga yang baik dan memahami tugasan ana dan beryukur di atas rezeki yg dikurniakan Allah..

Anaknda ana Nur Afiqah sudah mendirikan rumahtangga dgn jejaka pilihan hati pada 1/6/2021 dalam tempoh PKP (Perlaksanaan Kawalan Pergerakan) disebabkan oleh Pandemik Covid 19 yg melanda Malaysia pada Mac 2020.InsyaAllah sudah berbadan dua dan akan menimang cahayamata dalam awal tahun depan.

Buat masa sekarang ni isteri ana membantu Nur Afiqah untuk mengasuh anak di rumah..kami membuka pusat asuhan di rumah bagi menampung keperluan ibu bapa yg bekerja dan memerlukan khidmat pengasuh..alhamdulillah sekarang sudah ada lebih kurang 8 org yg diasuh..bertambah meriah..

Isteri tersayang skrg telah melabur dalam Quantum Metal untuk Emas Digital..ana nampak memang ada prospek yg bagus utk pelaburan digital dan Return Profit juga tinggi jika kita pandai menilai kaedah pasaran dan harga Emas. Dia amat gembira sekarang kerana sudah pandai dalam urusan jual beli emas online..


Memang terbaik dan seronok apabila berada dalam Quantum Metal..banyak ilmu baru yang dapat disamping keuntungan yg berlipat kali ganda dalam jangka masa tertentu bergantung kepada harga emas dunia..

Perjalanan masih jauh lagi..usaha tetap diteruskan untuk terus melabur emas digital untuk keuntungan dan aset jangka panjang..InsyaAllah akan terus bersiaran dan berkongsi ilmu di sini nanti..

Salam dari Seremban..





Tuesday, March 19, 2013

Menikmati keindahan alam ciptaan Allah

Alhamdulillah..masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menghirup udara segar dan masih dapat merasa nikmat yg tak terhingga berada di bumi Allah ini.Sekian lama ana tidak menulis..kekangan masa ana terpaksa travel untuk kerja-kerja ana,,membuatkan masa agak terhad..alhamdulillah..hosp tawau,hosp alor star,hosp penawar pasir gudang ana dah siapkan semua tugasan..cuma tunggu untuk mendapat payment..ada beberapa hospital yg inginkan quotation untuk memberi peralatan..alhamdulillah syukur di atas nikmat rezeki yg Allah kurniakan.

Anak ana Ahmad Zaki menyertai kuiz Sains dan Teknologi..semoga beliau mendapat menimba seberapa banyak ilmu di sana dan menjadi insan yg soleh..Nur Afiqah juga nampaknya sibuk dengan tugasan menjahit baju..nampak belum ada kesedaran lagi anak ana yg ke 2 ni..semuanya perlu bersuruh hatta untuk mengangkat gelas di atas meja..ana doakan semoga beliau akan sedar akan tugas sebagai seorang wanita dalam rumah..in sya Allah..

Nur Aqilah..biasalaa..pagi2 bagun nangis..tapi lepas tu ok..2 hari lepas anatak dapat hantar ke sekolah..in sya Allah esok ana akan penuhi impian nak kesekolah dgn kereta..

Isteri ana yg disayangi..terima kasih kerana memahami tugas ana yg banyak keluar kawasan (out station)..in sya Allah berkat doa kita sekeluarga mendapat rezeki yg berkat lagi halal dalam meneruskan hidup di bumi anbiya ini..

Ana sudahi catatan ringkas ini sebelum berlepas pulang ke KL dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai,JB

Catatan seorang musafir jalanan..
ramizu

Thursday, February 28, 2013

AA222 Queen Elizabeth Hosp siap repair

Alhamdulillah,syukur kepada Allah yg Maha Kuasa di atas limpah dan kunianya kepada ana..Mesin yg ana repair sudah siap dibaiki..rupanya masalah utama berpunca dari main power supply UPS400 yg tidak stabil..skrng ana cuba gunakan UPS400 yg baru dipinjam dari Alpha Specialist..ins syaa ALLAH ok..
Tadi ana repair MT10 dari Alpha Specialist..masalah power supply gak..nampak ok dah tu..esok boleh return terus..
Skg nie ada satu mesin GSI 37 Tymp yg lama..rasanya nak kena hantar Germany untuk repair nie..
Tadi pergi HUKM tengok Sound Level Meter,nak hantar ke SIRIM untuk calibration tu..

Esok Jumaat (1/3/2013) adik ipar ana Mohd Firdaus akan melangsungkan perkahwinan di Semenyih..ana akan pakai baju raihan warna hijau sama color dgn isteri tersayang..matching gitu..Ana doakan semoga Firdaus dan pasangannya mendapat berkat di atas perkahwinan ini..

Wassalam

Tuesday, February 26, 2013

AA220 yg dah repair ada masalah..

Assalamualaikum...alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah untuk beibadat di muka buminya ini..syukur dapat melaksanakn solat Subuh berjemaah di Masjid Tmn Putra Perdana..Dugaan pertama pagi ni alat yg dibaiki semalam tiba-tiba tidak berfungsi..ana suspect power supply ..hari nie kena diagnose sekali lagi dan cancell untuk ship ke KK..InsyaAllah berkat doa dan tawakkal alat ini akan berfungsi dengan baik jua..
Hari nie perancangan akan ke HUKM Jln Temerloh untuk melihat saiz thermal paper bagi model GSI Tympstar..jika bersesuaian..insyaAllah akan order kerana harganya lebih murah..Kemudian ke Hosp Serdang petang nie nak cuba UPS400 power supply kat mesin nie..

InsyaAllah moga Allah permudahkan segala urusan..

Wassalam

Monday, February 25, 2013

AA220 Middle Ear Analyzer siap repair

Assalamualaikum..syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya ana berjaya membaiki mesin kepunyaan Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu yg mengalami masalah kerosakan power supply.Semua ilmu yg Allah kurniakan berkat doa dan tasbih mesin ini berfungsi seperti biasa..InsyaAllah besok ana akan hantar mesin ini pulang ke KK..semoga di permudahkan segala urusan..amiinnn..

Wassalam


InsyaAllah berjaya

 Alhamdulillah dapat menunaikan solat Zuhur berjemaah di masjid Tmn Putra Perdana terus menyambung misi untuk mencari power supply spare parts untuk tymp yg rosak dari Queen Elizabeth Hospital,KK..
Sekarang nie tunggu kereta di tinted on the top untuk cermin depan..silau sangat..kekadang hari panas rasa silau bila drive..
InsyaAllah jab lagi nak try pasang component y baru beli..kalau ok..boleh return terus ke hospital..

Sebetulnya tadi ingin install free field speaker katPerfecr ENT..tapi katanya Oticon Staff datang hari nie so cancell laa operasi tersebut..apa-apa pun syukur dapat menyambung kerja yg masih terbengkalai..


Salam ukhuwah dari ana..

Wassalam..

Install Free Field Speaker di Perfect ENT Cheras

Assalamualaikum..alhamdulillah syukur padamMu Ya Allah kerana masih diberi kesempatan untuk diri ana beribadat dan melaksanakan tanggungjawab di muka bumi mu ini..Syukur dengan limpah kurniaNya dan segala nikmat yg di beri kepada hamba mu ini..
Ana mulakan hari ni dengan Solat Subuh berjemaah di Masjid Taman Putra Perdana..diikuti membaca Al-Mathurat yg ana cuba amalkan setiap pagi..selepas itu Solat Sunat Dhuha dan seterusnya ana memulakan kerja ana untuk membuat quotation bagi Hosp Seremban dan Hosp ang. Tentera.
Selepas solat Zuhur, InsyaAllah anak ke Perfect ENT untuk install loudspeaker..semoga Allah permudahkan segala urusan ana hari ini dan seterusnya..amiinnn

Sunday, February 24, 2013

Assalamualaikum..hari ni ingin menghadiri kenduri Aqiqah kawan masa SMV dulu..Rosli di Masjid Tanah...selepas itu terus ke Gemencheh hanrat Ahmad Zaki balik ke asrama..moga semua urusan di permudahkan..amiinn

Ahmad Zaki ke Gontor

Assalamualaikum..syukur ke hadrat Allah SWT anak sulung ana Ahmad Zaki bersama 4 orang lagi telah mendapat peluang untuk belajar di Pondok Darussalam, Gontor, Jawa Timur selama 2 bulan.Keberangkatan 5 saudara ini adalah pada hari terakhir cuit sekolah di LCCT airport ditemani oleh Ustaz Idris..Semoga segal ilmu yg diperoleh menjadi menafaat kepada semua..amiin

Menimba ilmu di Germany

Assalamualikum..ana di beri kesempatan oleh Allah untuk menimba ilmu sambil melihat negara orang di Germany..alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan bersyukur di ats ilmu yg dikurniakan..amiin

  Alhamdulillah..hari ni 30/8/2021..ana amat terkejut pagi ni setelah isteri tersayang menghantar link blog Konologi Seorang Syabab merupaka...