Alhamdulillah..hari ni 30/8/2021..ana amat terkejut pagi ni setelah isteri tersayang menghantar link blog Konologi Seorang Syabab merupakan blog yg ana tulis 8 tahun dahulu..hampir terlupa ana pernah menulis blog ni di laman sosial...itupun link dijumpai oleh menantu ana si Eiman semasa mencari dalam google menggunakan nama isterinya Nur Afiqah..
Walaupun telah lama tidak menulis, insyaAllah dengan izin Nya blog ini akan kembali bersiaran macam biasa..
Skrg ni ana dan keluarga sudah berpindah tinggal di Taman Iringan Bayu, Mambau Seremban Negeri Sembilan..setelah rumah yg kami beli siap dan mula berpindah pada bulan Ogos 2021..kira-kira dah setahun lah menetap di rumah baru ni..
Ana bersyukur kerana dikurniakan pasangan dan keluarga yang baik dan memahami tugasan ana dan beryukur di atas rezeki yg dikurniakan Allah..
Anaknda ana Nur Afiqah sudah mendirikan rumahtangga dgn jejaka pilihan hati pada 1/6/2021 dalam tempoh PKP (Perlaksanaan Kawalan Pergerakan) disebabkan oleh Pandemik Covid 19 yg melanda Malaysia pada Mac 2020.InsyaAllah sudah berbadan dua dan akan menimang cahayamata dalam awal tahun depan.
Buat masa sekarang ni isteri ana membantu Nur Afiqah untuk mengasuh anak di rumah..kami membuka pusat asuhan di rumah bagi menampung keperluan ibu bapa yg bekerja dan memerlukan khidmat pengasuh..alhamdulillah sekarang sudah ada lebih kurang 8 org yg diasuh..bertambah meriah..
Isteri tersayang skrg telah melabur dalam Quantum Metal untuk Emas Digital..ana nampak memang ada prospek yg bagus utk pelaburan digital dan Return Profit juga tinggi jika kita pandai menilai kaedah pasaran dan harga Emas. Dia amat gembira sekarang kerana sudah pandai dalam urusan jual beli emas online..
